Saringan Kesihatan
(Pengenalan)
Sasaran Kerajaan
Menyasarkan 1.5 Juta individu untuk disaring dalam tempoh 6 bulan. Terutamanya mereka yang:
- Berusia 40 tahun ke atas
- Tidak didiagnos menghidap hipertensi, diabetes, dan/atau dislipidemia
- Tidak disaring sejak 3 tahun lepas
Objektif
- Meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Meningkatkan bilangan rakyat Malaysia yang mendapat pemeriksaan kesihatan secara berkala
Data saringan akan dipaparkan di MySejahtera untuk anda :
- Melihat "trend" kesihatan di telefon bimbit
- Lebih peka terhadap perkembangan kesihatan sendiri
- Menerima notifikasi daripada MySejahtera untuk mengambil tindakan tertentu berkenaan kesihatan anda
*Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi (2019) melaporkan 53% daripada rakyat Malaysia tidak menjalani sebarang saringan kesihatan dalam tempoh 12 bulan tahun lepas.