SOALAN LAZIM BERKAITAN DERMA ORGAN
Proses pengambilan organ dan tisu untuk tujuan transplantasi hanya boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada waris. Proses pengambilan organ selalunya dilakukan di dewan bedah, berbeza daripada proses bedah siasat.
Di negara-negara seperti Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Iran, Pakistan dan Singapura, umat islam dibenarkan berikrar serta mendermakan organ dan tisu mereka mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Rawatan hospital tidak akan terjejas. Bahkan rawatan terbaik tetap diberikan kepada semua tanpa mengira sama ada pengikrar penderma organ atau tidak.
Tidak semestinya. Pendermaan organ akan dilakukan berdasarkan kriteria berikut:
I. Hanya organ dan tisu yang didermakan oleh keluarga.
II. Organ dan tisu itu masih berfungsi dan boleh digunakan selepas kematian.
III. Ada penerima sesuai yang menunggu.
Hanya pendermaan mata sahaja yang boleh dilakukan sekiranya meninggal di rumah (prosedur akan dijalankan di rumah).
Organ dan tisu individu yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 tidak boleh didermakan kerana organ dan tisu individu yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 berisiko menjangkiti penerima.
Ya, nama waris yang diisi dalam borang akan mendapat notifikasi pemakluman tentang ikrar pendermaan organ oleh penderma.
Ya, pengguna boleh menarik diri pada bila-bila masa.
Sebaik sahaja pengguna selesai menghantar borang ikrar sebagai penderma organ, butang “withdraw” akan terpapar. Jadi pengguna boleh menekan butang tersebut bagi menarik
balik pendaftaran pendermaan organ.
Apabila pengguna memohon untuk menarik diri sebagai penderma organ, kad ikrar penderma organ akan bertukar kepada warna kelabu selama 14 hari. Jika pengguna ingin memohon semula sebagai penderma organ, pengguna hanya boleh memohon semula selepas 14 hari dari hari pembatalan.