SOALAN LAZIM BERKAITAN PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN
Sila pastikan versi MySejahtera anda adalah yang terkini. Sekiranya tidak, sila kemaskini kepada versi terkini dengan memuat turun melalui gudang aplikasi.
Setiap penjaga yang telah mendaftarkan anak-anak mereka sebagai tanggungan di MySejahtera layak untuk menerima sijil vaksinasi digital.
Warga asing yang menetap di Malaysia layak untuk menggunakan fungsi rekod imunisasi jika mereka mendapat vaksin di mana-mana fasiliti kesihatan kerajaan atau fasiliti kesihatan swasta yang menggunakan sistem MyVAS.
Kanak-kanak yang dilahirkan di luar Malaysia boleh mendapatkan imunisasi dan sijil vaksinasi digital mereka akan dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera mereka melalui laman rekod kesihatan
Untuk menggunakan fungsi ini di MySejahtera, anda perlu kemaskini aplikasi MySejahtera anda kepada versi yang terkini iaitu Versi 2.0 dan mendaftar anak anda ke dalam akaun Aplikasi MySejahtera sebagai tanggungan anda.
Tiada had kanak-kanak/tanggungan yang boleh didaftar bawah satu akaun.
Penjaga utama adalah akaun pengguna yang mendaftarkan tanggungan sebagai penjaga utama kepada tanggungan tersebut. Pengguna lain yang ingin mendapat akses kepada maklumat tanggungan tersebut perlu diberikan akses sebagai penjaga-bersama oleh pemilik akaun penjaga utama.
Ya. Walau bagaimanapun, penjaga utama perlu menamakan penjaga bersama untuk membenarkan fungsi penjagaan yang sama dalam MySejahtera NIP.
Ya, penjaga utama boleh melantik orang lain sebagai penjaga bersama sebagai contoh, datuk, nenek, pak cik atau mak cik kepada anak saya.
Prosedur pemindahan penjagaan boleh dibuat melalui helpdesk MySejahtera.
Penjaga lain boleh mengakses rekod anak anda dalam MySejahtera jika penjaga utama membenarkan akses kepada penjaga tersebut.
Penjaga lain boleh membawa anak anda untuk vaksinasi jika penjaga lain itu mempunyai akses kepada sijil vaksinasi seperti yang telah dibenarkan oleh penjaga utama.
Ya, anda boleh mendaftarkan anak angkat / tanggungan anda secara sah dalam akaun MySejahtera anda
Anda boleh meminta untuk memadam data anak anda dengan menghubungi helpdesk MySejahtera melalui laman helpdesk di aplikasi MySejahtera.
Ya, anda boleh mendapatkan semula data anak anda dengan menghubungi helpdesk MySejahtera.
Jika anda tidak memberi kebenaran tersebut, tiada data yang akan diproses. Sijil vaksinasi digital tidak akan terpapar di aplikasi MySejahtera anda.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah dengan fungsi tersebut di MySejahtera, anda boleh melaporkan masalah atau pertanyaan tersebut melalui helpdesk MySejahtera dalam aplikasi mudah alih atau melalui e-mel kepada helpdesk@mysejahtera.org.
Untuk buat masa kini, perlaksanaan pendigitalan rekod imunisasi bayi dan kanak-kanak hanya melibatkan bayi yang lahir mulai 1 Julai 2022 dan ke hadapan. Sebarang perubahan berkenaan perlaksanaan akan dimaklumkan KKM dan MySejahtera kemudian.
Untuk buat masa kini, perlaksanaan pendigitalan rekod imunisasi bayi dan kanak-kanak hanya melibatkan fasiliti kesihatan awam di bawah KKM sahaja. Sebarang perubahan berkenaan perlaksanaan akan dimaklumkan KKM dan MySejahtera kemudian.