Pengesan Penyakit Berjangkit
(Pengenalan)
Pada asalnya, MySejahtera mempunyai satu fungsi yang dikenali sebagai MySejahtera Hotspot Tracker. Fungsi ini mampu mengesan bilangan kes aktif COVID-19 di sekeliling mana-mana titik carian yang dipilih oleh pengguna
Bermula 2 Mei 2022, fungsi ini telah ditambah baik dan dikembangkan untuk merangkumi penyakit-penyakit berjangkit yang lain selain COVID-19, iaitu:
- Demam denggi
- Rabies Dalam Manusia
- Rabies Dalam Haiwan
- Campak
- Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)
- Tuberkulosis
Justeru, namanya digantikan dengan ‘Pengesan Penyakit Berjangkit’
Pengesan Penyakit Berjangkit mengesan kes-kes aktif di sekeliling mana-mana titik carian berdasarkan radius dan tempoh kes aktif setiap penyakit berjangkit tersebut tanpa menunjukkan koordinat spesifik kes tersebut. Radius dan tempoh kes aktif setiap penyakit tersebut adalah seperti berikut:
Penyakit Berjangkit | Radius | Tempoh Kes Aktif |
---|---|---|
COVID-19 | 1km | 14 Hari |
Demam Denggi | 200m | 14 Hari |
Rabies Dalam Manusia | 1km | 90 Hari |
Rabies Dalam Haiwan | 1km | 90 Hari |
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) | 5km | 7 Hari |
Demam Campak | 1km | 25 Hari |
Tuberkulosis (Tibi) | 1km | 60 Hari |