Dasar Vaksinasi COVID-19 Terkini
Dasar Vaksinasi Malaysia terkini boleh didapati di laman web https://mysafetravel.gov.my/vaccine/status
Bermula 1 April, seseorang individu perlu memenuhi syarat berikut untuk dianggap sebagai vaksinasi lengkap:
Nota
1 | Senarai jenis, jenama vaksin dan definisi vaksinasi lengkap di atas tertakluk kepada pengiktirafan KKM dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Untuk vaksin lain yang diiktiraf oleh Penyenaraian Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation’s Emergency Use Listing), definisi vaksinasi lengkap tertakluk kepada pengiktirafan WHO, pihak berkuasa antarabangsa dan negara asal (senarai jenis dan jenama vaksin ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa). |
2 | Semua penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun dan ke atas akan kehilangan status Vaksinasi Lengkap dalam aplikasi MySejahtera mereka sekiranya masih belum menerima dos penggalak bermula 1 April 2022. Namun maklumat sejarah vaksin primer yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera masih kekal(3). |
3 | Bagi kumpulan individu yang dinyatakan di atas (2), mereka masih boleh melakukan aktiviti- aktiviti yang dibenarkan ke atas individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dos primer. |