S.O.P. Kes Kontak Rapat COVID-19
S.O.P. terkini tentang kes-kes kontak rapat COVID-19 boleh didapati di https://covidprotocol.moh.gov.my/kontak-rapat/
Anda adalah kontak rapat jika anda telah berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19, sama ada bersemuka lebih daripada 15 minit pada jarak kurang dari 1 meter tanpa memakai pelitup muka atau bersentuhan.
Semua individu kontak rapat COVID-19 kini tidak perlu lagi mengisytiharkan dalam MySejahtera.
Bagi yang bergejala anda digalakkan untuk kuarantin dan menjalani ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri pada hari gejala bermula dan juga pada hari ketiga. Jika keputusan ujian positif, ikuti protokol pengurusan kes positif.
Untuk tujuan pelepasan, ujian pengesanan COVID-19 RTK(Ag) kendiri tidak perlu dilakukan jika gejala bertambah baik.
Kontak rapat yang tidak bergejala, tanpa mengira status vaksinasi, tidak perlu menjalani kuarantin.
Pantau gejala dan tahap kesihatan dalam tempoh 5 hari dari hari terakhir terdedah kepada kes positif COVID-19.